Steinbruckner lepaskan jawatan ketua jurulatih TFC

Iklan
Tomislav Steinbruckner

GERGASI Liga Super, Terengganu FC (TFC) mengesahkan pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner tidak lagi bersama kelab Pantai Timur berkenaan.

Menurut TFC, keputusan itu diambil hasil persetujuan secara bersama pihak kelab dengan pengendali berusia 58 tahun dari Croatia berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kelab Terengganu FC telah mengadakan perbincangan bersama Tomislav Steinbruckner dan mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan jawatan dia sebagai pengendali Terengganu FC musim ini.

"Turut sama mengikuti bersama proses ini adalah dua staf di barisan kejurulatihan iaitu penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic.

Iklan

"Langkah ini diambil dan diputuskan bersama atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab memelihara keadaan serta perhubungan antara pemain-pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya,” kata Terengganu FC dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tugas ketua jurulatih berkenaan akan digalas penolong pengendali, Badrul Afzan Razali dan Hairudin Omar.

Iklan

Sementara itu, Tomislav berharap Terengganu mampu terus bergerak dengan baik dan lebih berjaya pada masa hadapan.

Terengganu kini berada di kedudukan ketiga liga dengan 16 mata selepas mengharungi 10 perlawanan hasil - empat menang, empat seri dan dua tewas - 14 jaring gol, 11 bolos.