Polis mohon saksi kejadian langgar lari tampil bantu siasatan

Iklan
Tangkap layar rakaman yang memaparkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal di lampu isyarat Hospital Pantai di Bayan Baru. (Gambar kecil: Kamarul Rizal)

GEORGE TOWN - Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan langgar lari berhampiran Hospital Pantai, Bayan Baru dekat sini untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 53 saat berhubung kejadian terbabit yang dimuat naik oleh pengguna akaun X bernama @Update11111 di pautan https://x.com/update11111/status/1840695342511374430?s=46.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakaman video terbabit menunjukkan kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di lampu isyarat berhampiran hospital berkenaan.

"Laporan polis telah dibuat pada jam 2.23 pagi hari ini (Selasa).

Iklan

"Mangsa merupakan seorang wanita berusia 24 tahun. Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada muka, gigi, belakang badan dan bahu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan atau

Iklan

boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Rohayu Mohamad Rodzi di talian 019-3441817.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.