ISLAMABAD - Lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula esok dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala kedua-dua negara yang telah terjalin sejak Malaysia mencapai mencapai kemerdekaan pada 1957.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan berkata, kerajaan Pakistan menaruh harapan yang tinggi terhadap kunjungan Anwar ke Islamabad terutama dalam memacu hubungan diplomatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi merangkumi pelbagai bidang berkepentingan bersama.