Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja boleh didenda

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123rf

KUCHING - Majikan disaran menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja dengan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi serta penggunaan penutup mulut dan hidung bagi mengelak jangkitan virus dalam kalangan pekerja.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak, Dr Nor Halim Hasan berkata, penyediaan peralatan perlindungan diri (PPE) selain langkah perlindungan tambahan lain perlu khususnya untuk pekerja di pintu-pintu masuk negara.

Iklan
Iklan

"Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka semua terdedah secara langsung dengan pesakit atau pelawat yang bergejala,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan langkah-langkah keselamatan pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan yang gagal mengambil langkah untuk memastikan pekerjanya tidak terdedah kepada penyakit berjangkit boleh didenda.

Iklan
Iklan

"Kita bukan sahaja fokus kepada virus 2019-nCoV (novel koronavirus 2019) (tetapi) semua jenis penyakit kesihatan yang melibatkan pekerja,” katanya.- Bernama