Sempat nyanyi lagu 'buat kali terakhir' sebelum temui ajal

Iklan
Kegembiraan pelancong dari Rusia, Arina Glazunova ketika bersiar-siar di Tbilisi, Georgia akhirnya bertukar duka selepas dia terjatuh di laluan bawah tanah ketika kejadian pada Jumaat lalu.

TBILISI - Seorang wanita sempat merakamkan detik akhir sebelum berdepan kematian tragis menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial.

Kegembiraan pelancong dari Rusia, Arina Glazunova ketika bersiar-siar di Tbilisi, Georgia akhirnya bertukar duka selepas dia terjatuh di laluan bawah tanah ketika kejadian pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi klip itu, Glazunova, 24, sempat menari dan menyanyikan lagu hit Hunger Boys berjudul 'For The Last Time' (Buat Kali Terakhir) sebelum tragedi tersebut berlaku.

Glazunova

Wanita malang itu tersilap langkah kerana terlalu asyik melihat kamera telefon rakannya.

Iklan

Nyanyian terakhirnya dengan bait lirik, 'No, I'm not waiting for you, but know that I loved for the last time, for the last time' seakan-akan menjadi kata-kata terakhirnya sebelum sosok Glazunova 'hilang' daripada rakaman tersebut dan yang hanya kedengaran jeritannya.

Ia disusuli suara panik rakannya setelah skrin bertukar gelap secara tiba-tiba.

Iklan

Media tempatan melaporkan Glazunova meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala selain lehernya patah.

Susulan tragedi itu, sebuah tugu peringatan sementara telah didirikan di lokasi kejadian yang tidak dilengkapi pagar keselamatan untuk melindungi pejalan kaki.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Dato Akobia turut berkongsi tentang bahaya 'laluan maut bawah tanah' itu yang telah meragut nyawa wanita tersebut. - Agensi