Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah pertahan keselamatan negara

Iklan
Salah satu daripada ratusan peluru berpandu balistik yang dilepaskan Iran ke Israel pada Selasa. Foto Awani

NEW YORK - Iran melancarkan serangan peluru berpandu terbaharunya terhadap rejim Israel kerana negara itu tidak mempunyai pilihan lain berikutan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), kata Wakil Tetap Misi Iran ke PBB pada Selasa, lapor Sputnik.

"...Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran telah melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu terhadap sasaran ketenteraan dan keselamatan rejim Israel,” menurut wakil tetap itu dalam sepucuk surat kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB yang dikongsi bersama wartawan.

Iklan
Iklan

Menurut wakil tetap itu, adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

"Kegagalan ini telah menyebabkan Republik Islam Iran tiada pilihan selain melaksanakan hak sahnya di bawah undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan yang sah dalam mempertahankan keselamatan negara dan kepentingan pentingnya,” katanya. - Bernama

Iklan
Iklan