Arteta puji kematangan Arsenal

Iklan
Havertz

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji process kematangan setiap pemain The Gunners selepas menumbangkan pasukan terbaik dunia Paris Saint-Germain (PSG), 2-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates.

Malah bekas anak didik Pep Guardiola semasa menjadi penolong di Manchester City itu menegaskan pemain-pemain Arsenal sudah mula mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini yang diterjemahkan dengan kemenangan ke atas juara Perancis tersebut.

Iklan
Iklan

Tandukan padu Kai Havertz (m-20) diikuti sepakan percuma daripada kapten, Bukayo Saka (m-35) separuh masa pertama menghantar Arsenal menuju puncak prestasi semasa melayan kunjungan gergasi Perancis itu ketika bintang baharu, Mikel Merino membuat penampilan sulung selepas pulih kecederaan.

Sebagai rekod, gol Saka adalah yang keempat dalam enam perlawanan terakhir Arsenal yang dijaringkan daripada situasi bola mati selepas jaringan menentang Tottenham, Manchester City dan Leicester City.

Iklan

"Kami amat berasa sangat gembira apabila berpeluang bermain menentang antara pasukan terbaik dunia.

"Perlawanan dalam kejuaraan Eropah ini sangat berbeza dengan Liga Perdana Inggeris dan kami menunjukkan banyak kematangan.

Iklan

"Kami meletakkan setem permainan dalam cara yang kami mahu berdepan menentang pasukan teratas di Eropah dan sejujurnya saya menyukai gaya permainan dan keputusan hari ini,” kata bekas tonggak Arsenal kelahiran Sepanyol itu.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal ke kedudukan lapan teratas Liga Juara-Juara selepas mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010 musim lalu.

Namun cabaran kelab London itu berakhir selepas disingkirkan gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich yang memotivasikan anak buah Arteta untuk membuka gelanggang musim ini dengan mengikat kelab Serie A Itali, Atalanta, 0-0 di Stadium Gewiss, pada 20 September lalu.

Namun di sebalik kisah tiga mata itu, Arteta dihimpit belenggu kecederaan apabila bintang Belanda, Jurriën Timber terpaksa digantikan pada separuh masa, dengan pengurus Arsenal mengesahkan pemain kelahiran Belanda tersebut berada pada tahap pemantauan.

Arsenal akan kembali menyambung saingan Liga Perdana Inggeris dengan melayan kunjungan Southampton di Stadium Emirates pada 5 Oktober.