Kes bunuh di Malaysia semakin pelik dan kejam

Iklan
Kes pembunuhan Sabari, Bella dan Nur Farah Kartini bukannya biasa-biasa tetapi tidak terjangkau dek akal.

MERAK Jalanan sejak akhir-akhir ini pelik dengan insiden pembunuhan di negara ini. Kes yang berlaku bukannya biasa-biasa tetapi tidak terjangkau dek akal.

Bermula dengan awal tahun ini, kita dikejutkan dengan penemuan rangka manusia yang disahkan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, seorang ibu tunggal.

Iklan
Iklan

Awalnya Bella dilaporkan hilang pada Disember 2023 dan segala misteri terjawab selepas penemuan rangka manusia termasuk tengkorak di dalam sebuah rumah terbengkalai di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor pada 19 Januari lalu.

Selepas 38 hari hilang, keluarga Bella hanya dapat rangka. Itu keperitan yang diluahkan si kakak, Norhisham Samsusah.

Iklan

Kes berikutnya pula melibatkan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya mereput ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada 15 Julai lalu.

Sama seperti Bella, Nur Farah turut dilaporkan hilang pada 11 Julai selepas rakannya membuat laporan polis.

Iklan

Terbaharu, kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling, Kedah yang dilaporkan hilang sejak 3 September lalu.

Misteri kehilangannya terjawab pada kelmarin selepas siasatan polis mendapati Sabari dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra, Kedah dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Itu baru tiga kes yang mendapat liputan besar-besaran, belum lagi kes lain, antaranya penemuan mayat seorang penganggur dalam Proton Gen2 pada 3 September lalu.

Sebab itu Merak Jalanan kata kes pembunuhan di Malaysia ini semakin pelik dan kejam. Setiap pembunuhan lain-lain pula caranya.

Terfikir juga Merak Jalanan, kes bunuh di negara ini sudah menyamai kes-kes pembunuhan di luar negara pula.

Cuma setakat ini belum ada lagi penjenayah membunuh dan kemudian memakan mangsa yang dibunuhnya.