Superkomputer ramal pengganti Ten Hag

Iklan
Southgate (kanan) sekali lagi dikaitkan dengan United sekiranya Ten Hag dipecat. Foto Agensi

BEKAS jurulatih skuad kebangsaan England, Gareth Southgate muncul calon utama menggantikan Erik ten Hag sekiranya pengendali dari Belanda itu dipecat Manchester United, menurut ramalan Superkomputer.

Ten Hag berdepan tekanan semakin memuncak di Old Trafford, susulan permulaan hambar musim 2024/25 yang menyaksikan The Red Devils terperosok di tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Ramalan Superkomputer oleh BoyleSports merumuskan Southgate mempunyai 34.8 peratus peluang dilantik sebagai bos United berbanding legenda kelab, Ruud Van Nistelrooy.

Nistelrooy, 48, dilihat calon kedua paling hampir menggantikan Ten Hag dengan 33.3 peratus peluang.

Iklan

Bekas penyerang prolifik United itu kembali ke Old Trafford musim ini selepas dilantik sebagai penolong Ten Hag.

Sementara bekas pengurus Chelsea dan Bayern Munich, Thomas Tuchel mempunyai 13.3 peratus peluang membimbing United.

Iklan

BoyleSports turut merumuskan nama-nama seperti Thomas Frank, Kieran McKenna, Graham Potter, Michael Carrick, dan Zinedine Zidane hanya mempunyai peluang kurang lima peratus untuk menggantikan Ten Hag.

Difahamkan, Ten Hag masih diberi talian hayat oleh United dengan masa depannya ditentukan berdasarkan dua perlawanan selepas ini.

United akan menentang gergasi Primeira Liga, Porto dalam saingan Liga Europa pada Jumaat sebelum bertandang ke Villa Park untuk aksi EPL menentang Aston Villa dua hari kemudian.


Kisah Girona di La Liga, Liga Juara-Juara

KELAB La Liga Sepanyol, Girona yang mula dihimpit krisis kecederaan tekad menghadirkan tiga mata apabila melayan kunjungan gergasi Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Montilivi.

Namun di sebalik iltizam tinggi itu Michel, pengendali kelab yang dikuasai 47 peratus City Football Group tersebut menegaskan Blanquivermells perlu mengambil satu perlawanan pada satu masa.

Michel

"Ia realiti baharu kami. Kami perlu mengambil satu perlawanan pada satu masa.

"Bahagian tengah tanpa Romeu satu kekurangan buat pasukan. Tetapi untuk tiga mata esok, kami memerlukan kesebelasan terbaik. Kami perlu melihatnya seperti itu.

"Saya amat bimbang tentang isu psikologi. Romeu tidak bermain menentang Rayo Vallecano dan mengalami kecederaan. Perkara yang paling penting ialah tumpuan baik-baik saja. Fokus saya adalah untuk aksi terbaik dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan bermain akan menjadi sebaik mungkin," kata Michel kepada pemberita menjelang perlawanan.

Girona tewas kepada gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG), 0-1 pada 19 September lalu, penampilan pertama ke kejuaraan kelab elit Eropah dalam sejarah 94 tahun pasukan, Girona memperoleh slot Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat ketiga musim lalu, hanya empat tahun selepas dinaikkan ke liga utama Sepanyol.

Skuad bimbingan Michel mula terkesan belenggu kecederaan apabila kehilangan khidmat Oriol Romeu dan Daley Blind yang mengalami kecederaan semasa Girona seri 1-1 di Celta Vigo dalam perlawanan liga pada Ahad.

Romeu kini berdepan diketepikan kira-kira lapan minggu manakala pertahanan kelahiran Belanda, Blind tidak akan bermain selama empat minggu.

Saingan Girona di La Liga musim ini tidak sefantastik musim lalu apabila bermula kurang memberangsangkan, menang dua dan seri tiga daripada lapan perlawanan untuk menduduki tangga ke-12 dengan sembilan mata.

"Tekanan bermain La Liga diikuti Liga Juara-Juara tinggi. Impian kami mahu menang dan mencipta sejarah dalam Liga Juara-Juara, untuk penyokong-penyokong kami.

"Mendengar lagu Liga Juara-Juara di laman sendiri akan menjadi sejarah di Girona. Kematangan skuad ini sangat hebat. Kami mempunyai pemain berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menangani situasi ini.

"Dari perspektif saya sebagai jurulatih, dari sudut pengurusan, lebih mudah untuk menguruskan perubahan ke arah Liga Juara-Juara.

"Namun daripada 'ledakan' bermain dalam Liga Juara-Juara, anda perlu kembali kepada realiti liga, yang mana itulah yang akan memberi kami kemungkinan untuk terus berkembang sebagai sebuah kelab," ujar Michel.