Hadkan maksimum faedah bank kepada 6 bulan
Iklan
SHAH ALAM - Bank disarankan untuk menetapkan had maksimum kadar faedah pada pinjaman peribadi dengan menghentikannya selepas enam bulan bagi meringankan beban peminjam yang sedang menghadapi masalah kewangan.
Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa berkata, cadangan ini dapat memastikan disiplin yang lebih ketat dalam kelulusan pinjaman di samping menyeimbangkan keuntungan bank dengan tanggungjawab sosial.