G57 tampil buat laporan polis, siasat unsur sabotaj bekalan air Sabah

Iklan
Zulkarnain (tengah) membuat laporan di Balai Polis Karamunsing berhubung isu sabotaj bekalan air di Sabah.

KOTA KINABALU - Satu laporan polis dibuat Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai unsur sabotaj masalah bekalan air di negeri ini khususnya di Kota Kinabalu.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan itu susulan laporan berita diterbitkan Sinar Harian Jun lalu berhubung kenyataan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang mengesyaki isu air di negeri ini berkait dengan unsur sabotaj.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun kenyataan itu dibuat kira empat bulan lalu namun sejak akhir-akhir ini semakin banyak isu gangguan bekalan air didengari khususnya di Kota Kinabalu.

"Kami tampil hari ini membuat laporan di Balai Polis Karamunsing meminta siasatan dijalankan terhadap kesahihan isu mengikut maklumat diperoleh ada kemungkinan bekalan air disabotaj oleh pihak tertentu yang ada kaitan dengan ahli politik.

Iklan

"Tujuan mereka ini sebenarnya adalah untuk merencatkan dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan kerajaan negeri Sabah. Sebab itu bukti begini tidak boleh dipakai selagi pihak berkuasa tidak menyiasat, kita tampil buat laporan polis bagi meredakan kebimbangan orang ramai," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di sini pada petang Selasa.

Beliau mendakwa, sebuah masjid utama di pusat bandar di sini turut terkesan akibat gangguan bekalan air beberapa hari yang lalu dan menimbulkan kegusaran orang awam.

Iklan

"Kita dengar daripada orang awam, adakah ini disebabkan unsur sabotaj lagi. Dikatakan ada satu paip besar pecah dan ini menimbulkan keresahan awam yang perlu ditanggani sebaiknya.

"Menteri sudah buat pengesahan masalah air ini ada unsur sabotaj, jadi sabotaj yang bagaimana dimaksudkan.

"Ada yang mengatakan selepas Jabatan Air mengambil tindakan memotong sambungan haram di kawasan setinggan menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati dan melakukan sabotaj lalu memecahkan paip besar.

"Selain itu, ada kenyataan daripada orang-orang politik yang sekarang ini mewujudkan persepsi salah sehingga menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab memecahkan paip air dan mendatangkan masalah, jadi kita mohon siasat untuk merungkainya," katanya.