Statistik Kebankrapan

Iklan
KAUM Melayu merupakan penyumbang utama kepada kadar kebankrapan tertinggi di Malaysia dengan 15,586 kes atau 57.92 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan antara tahun 2020 hingga Mac 2024, menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl).

Ia diikuti masyarakat Cina sebanyak 7,024 kes (26.10 peratus), lain-lain bangsa dengan 2,182 kes (8.11 peratus), India 2,021 kes (7.51 peratus) dan bukan warganegara berjumlah 95 kes (0.35 peratus).

Lebih membimbangkan apabila golongan berusia 35 hingga 44 tahun menjadi penyumbang utama merekodkan 10,489 atau 38.98 peratus kes kebankrapan pada tempoh sama.