Penyelesaian e-dagang inovatif di Shopee perkasakan PMKS

Iklan
Pengarah Magic Pocket, Kelvin Lee Ka Seng memanfaatkan inovasi e-dagang di Shopee dalam memajukan perniagaan peralatan perkhemahan miliknya.

KUALA LUMPUR – Dalam era e-dagang yang semakin kompetitif, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti Magic Pocket dan ByReefa berjaya mencuri perhatian dengan pendekatan inovatif yang mengekalkan keunikan mereka di samping memperluaskan pasaran.

Berdasarkan kajian terkini Shopee, melalui kempen ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal’*, mendedahkan bahawa 98 peratus rakyat Malaysia lebih cenderung menyokong perniagaan tempatan, menjadikan PMKS seperti Magic Pocket dan ByReefa kekal relevan dalam landskap ini.

Iklan
Iklan

Bukan mudah untuk bersaing dalam industri ini, namun dengan sokongan Shopee dan pelbagai ciri menarik seperti polisi pemulangan fleksibel dan kecekapan dalam memenuhi pesanan, kedua-dua perniagaan ini berjaya mengatasi cabaran.

Statistik juga menunjukkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia lebih yakin berurusan dengan penjual tempatan, meletakkan Magic Pocket dan ByReefa di hadapan dalam memenuhi permintaan pasaran.

Iklan

Magic Pocket: Kombinasi alam semulajadi dan e-dagang

Pengarah Magic Pocket, Kelvin Lee Ka Seng, menjadikan misinya untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendekati alam semula jadi dengan memudahkan akses kepada peralatan perkhemahan.

Iklan

Sejak pandemik, aktiviti luar semakin diminati terutamanya dalam kalangan golongan muda, namun Kelvin menyedari kekurangan peralatan berkualiti tinggi di pekan kecil.

Tambahan pula, ramai yang masih ragu-ragu untuk melabur dalam peralatan perkhemahan kerana kurang pengalaman.

Oleh itu, Magic Pocket mengambil langkah proaktif dengan menggunakan ciri sembang langsung Shopee Chat dan Shopee Live untuk mendidik pelanggannya.

Para pekerja Magic Pocket bertungkus lumus membungkus pesanan untuk dihantar kepada pelanggan mereka.


Nasihat langsung daripada pasukan berpengalaman dilihat berjaya menjawab segala keraguan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan dalam membuat pembelian. Ciri-ciri seperti Bayar Waktu Terima (COD) dan pengambilan sendiri pula memberikan fleksibiliti tambahan kepada pelanggan, terutamanya mereka dari kawasan luar bandar.

Tidak ketinggalan, Magic Pocket turut menyertai program ‘15 Hari Pemulangan Percuma’ yang mengurangkan kebimbangan pembeli serta memastikan pelanggan dapat membeli tanpa rasa takut tersilap pilih.

Hasilnya, Magic Pocket berjaya mencatatkan peningkatan prestasi sebanyak 226 peratus dari Januari hingga Julai 2024.

"Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar mengubah landskap perniagaan kami. Sokongan mereka membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” ujar Kelvin.

ByReefa: Fesyen tradisional muslimah bertemu inovasi digital

ByReefa, jenama fesyen muslimah dari Perlis yang diketuai oleh Ira sebagai Pengurus Besar telah memanfaatkan warisan budaya Perlis dengan sentuhan moden.

Kejayaan ByReefa sebenarnya terletak pada kemampuan mereka untuk mengatasi keraguan pembeli dalam talian dengan menyertai program 15 Hari Pemulangan Percuma Shopee.

Seorang hos memperkenalkan kebaya ByReefa yang cukup menawan ketika sesi Shopee Live bagi menarik pembelian para pelanggan.


Ini kerana pelanggan telah diberi keyakinan untuk membeli tanpa perlu risau tentang kesesuaian saiz atau reka bentuk yang menjadi titik perubahan besar bagi jenama ini.

Selain itu, ByReefa juga menggunakan Shopee Live untuk berinteraksi dengan pelanggan secara langsung termasuk untuk mempamerkan koleksi pakaian tradisional seperti baju kurung dan tudung bawal.

Pendekatan interaktif ini berjaya menarik minat pembeli muda terutama Gen Z, yang lebih menghargai kandungan asli dan autentik. Gabungan tradisi dan inovasi digital ini membawa ByReefa ke satu tahap baharu dalam dunia fesyen Muslimah.

"Shopee memberi kami peluang besar untuk berkembang, membolehkan kami mencapai pelanggan di seluruh Malaysia dan luar negara,” kata Ira.

Susunan produk ByReefa yang siap dibungkus dan sedia untuk dihantar kepada para pelanggan mereka.


Jenama ini juga memanfaatkan program Jaminan Tepat Waktu Shopee, ciri yang memastikan penghantaran tepat waktu dan boleh dipercayai. Ramai pelanggan memberikan ulasan cemerlang mengenai perkhidmatan pantas mereka lalu mengukuhkan reputasi kecekapan kedai mereka.

Dalam dunia pembelian dalam talian, kebolehpercayaan membawakan perbezaan besar, dan komitmen ByReefa terhadap penghantaran tepat waktu membantu mereka menonjol, sekali gus mendapatkan maklum balas positif dan pelanggan setia.

Shopee: Komitmen terhadap PMKS

Sementara itu Shopee melalui Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Malaysia, Tan Ming Kit, menegaskan komitmen mereka untuk terus memperkasakan perniagaan tempatan.

"Kelvin dan Ira bukan sahaja memahami keperluan pelanggan mereka, tetapi turut menggunakan strategi digital terkini untuk mengukuhkan hubungan dengan mereka,” ujar Tan.

Dengan pelbagai inisiatif seperti Shopee Live, Shopee Video dan 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee berjaya mewujudkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan PMKS, menjadikan mereka lebih kompetitif di pasaran.

Shopee kekal teguh dalam misinya untuk membantu PMKS berkembang, menyediakan platform dan alat yang diperlukan untuk memastikan perniagaan tempatan terus maju di samping membina kepercayaan dalam kalangan pelanggan.

*Kajian"Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024” telah dijalankan oleh Shopee Malaysia dengan data platform terkini sehingga 31 Julai 2024.