Pastikan anak-anak GISBH dipulihkan, tidak disisih

Iklan
Serbuan ke atas rumah amal milik GISBH baru- baru ini. Gambar kecil: Abbas

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menyokong penuh langkah dicadangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menubuhkan sebuah pasukan khas untuk membantu memulihkan anak-anak terlibat dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Pengarah Komunikasinya, Abbas Azmi berkata, langkah itu dapat membantu anak-anak pengikut kumpulan itu kembali kepada masyarakat dan menjalani kehidupan seperti orang lain tanpa merasa tersisih.

Iklan
Iklan

"Ia juga merupakan satu usaha memperkukuhkan aset negeri Selangor memandangkan kanak-kanak ini juga merupakan rakyat di negeri ini yang dapat menyumbang sesuatu buat Selangor dan negara kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Abbas, selain itu, ia juga dilihat dapat memastikan masa depan kanak-kanak terlibat dipulihkan semula.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, Amanah Selangor menyokong penuh langkah tersebut dan bersedia untuk turut berperanan sama dalam pasukan itu seterusnya memastikan kanak-kanak terlibat berjaya dipulih merangkumi semua aspek kemanusiaan supaya kelak mereka mampu meneruskan kehidupan seperti masyarakat lain.

"Aktiviti GISBH didakwa melakukan eksploitasi kepada kanak-kanak dan golongan wanita yang jelas bukan sahaja merosakkan masa depan kanak-kanak terlibat malah mampu merencatkan perkembangan struktur masyarakat di Malaysia.

Iklan

Terdahulu, Selangor menubuhkan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau situasi semasa serta keperluan anak-anak yang terbabit dengan GISBH.

Pasukan khas itu disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan negeri dan Exco berkaitan.