[VIDEO] Dadah bernilai RM36.43 juta dilupuskan

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM36.43 juta membabitkan kes sejak 2003 hingga tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pelupusan barang kes dadah itu melibatkan sejumlah 2,844 kertas siasatan yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

Iklan
Iklan

"Dadah yang dilupuskan ialah methamphetamine seberat 285,530 gram, methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) (70,244 gram), heroin (8,815 gram), kanabis (8,671 gram) dan air ketum (189,667 mililiter).

"Kita turut melupuskan bahan memproses dadah iaitu pepejal 1,914 gram serta cecair 786,320 mililiter," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Iklan
Rusdi (kiri) menunjukkan barangan kes yang akan dilupuskan.

Rusdi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur menggunakan khidmat dan kepakaran anak syarikat Kumpulan Cenviro Kualiti Alam Sdn Bhd.

"Ia berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka di dalam industri pengurusan sisa, selain mempunyai peralatan dan kepakaran.

Iklan

"Pelupusan barang kes akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan," ujarnya.