Perhimpunan solidariti: Polis rakam keterangan tujuh individu

Iklan
Rusdi (depan, kiri) semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan solidariti di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Iklan
Iklan

"Pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.

"Mereka seharusnya mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Iklan

"Kertas siasatan itu dijangka dilengkapkan sebelum diserahkan dalam minggu ini," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis telah membuka kertas siasatan berkaitan perhimpunan solidariti itu.

Iklan

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilaporkan berkata, seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestin dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada jam 8.10 pagi.

Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat.