[VIDEO] Pasangan kekasih pelajar kolej hidup mewah jual ganja ditahan

Iklan

SHAH ALAM - Kegiatan menjadikan unit kondominium mewah sebagai lokasi menyimpan dan membungkus ganja terbongkar susulan tangkapan pasangan kekasih pada Khamis.

Kondominium mewah dengan kadar RM3,800 disewa pasangan kekasih dipercayai golongan 'kayangan' untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah terbabit.

Iklan
Iklan
Mohd Iqbal (kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas menerusi tangkapan dan serbuan di sebuah kondominium dekat Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Pasangan kekasih dipercayai pelajar sebuah kolej swasta itu memperoleh pendapatan lebih RM300,000 hasil jualan ganja yang dijalankan sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu menahan seorang lelaki tempatan kira-kira jam 3.50 petang.

Iklan

Mohd Iqbal (kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas menerusi tangkapan dan serbuan di sebuah kondominium dekat Petaling Jaya pada Khamis lalu.

"Suspek warga tempatan berumur 24 tahun itu diberkas di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium sekitar Petaling Jaya serta merampas 20 bungkusan ganja seberat 2.12 kilogram (kg).

Iklan

"Operasi pertama kemudian membawa kepada tangkapan suspek kedua iaitu wanita warga tempatan berumur 19 tahun di lokasi sama serta merampas dua bagasi berisi ganja dengan berat keduanya lima kilogram dan 3.18kg," katanya ketika sidang akhbar di IPD Shah Alam pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua bekalan dadah ini dipercayai dari Thailand sebelum dijual suspek untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

"Ganja ini dibeli suspek dalam ketulan berbentuk hati dan empat segi, sebelum dipotong kepada saiz mengikut permintaan pelanggan dengan harga serendah RM50.

Ganja ini dibeli suspek dalam ketulan berbentuk hati dan empat segi, sebelum dipotong kepada saiz mengikut permintaan pelanggan dengan harga serendah RM50.

"Suspek dipercayai menggunakan aplikasi media sosial seperti Telegram dan WhatsApp untuk mencari pelanggan sebelum menjual ganja terbabit secara bersemuka," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kedua-dua suspek ini lahir di luar negara sebelum menetap di negara ini.

"Semakan mendapati dua suspek ini tidak memiliki rekod jenayah lampau selain saringan mendapati negatif dadah.

"Keseluruhan ganja yang dirampas dianggarkan seberat 10kg dan bernilai RM38,068," katanya.

Mohd Iqbal berkata, turut dirampas sebuah kereta jenis Toyota GT86 bernilai RM20,000.

"Sitaan kereta terbabit dijalankan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta)1988.

"Semakan mendapati keseluruhan ganja dirampas boleh dibekalkan kepada 20,320 penagih dalam masa sehari mengikut penggunaan harian sebanyak 0.5 gram," katanya.

Jelas beliau, dua suspek terbabit direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.