BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Sultan Ibrahim

Iklan
Bahagian hadapan reka bentuk duit syiling peringatan.

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024.

Duit syiling peringatan tersebut dikeluarkan dalam tiga denominasi iaitu emas (pruf), perak sterling (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Iklan
Iklan

Nilai muka syiling emas ialah RM100 dan akan dijual pada harga RM3,250 sekeping dan sejumlah 300 keping telah ditempa, manakala nilai muka syiling perak sterling ialah RM10 yang akan dijual pada harga RM275 sekeping dan 1,300 keping telah ditempa.

Sementara itu, nilai muka duit syiling emas Nordic ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping dan sebanyak 5,000 keping telah ditempa.

Iklan

"Duit syiling peringatan ini juga dijual sebagai Set 2 dalam 1 yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling (pruf) dan sekeping duit syiling emas Nordic (pruf).

Bahagian belakang reka bentuk duit syiling peringatan.

Iklan

"Harga jualan setiap set ialah RM330. Sejumlah 1,300 set tersedia untuk pembelian," menurut BNM dalam satu kenyataan pada Rabu.

BNM berkata, bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling emas (pruf), satu keping duit syiling perak sterling (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai pukul 11:00 pagi pada 2 Oktober 2024 hingga pukul 11:00 malam pada13 Oktober 2024.

"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain.

"Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaanakan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya," kata BNM.