Ketegangan di Asia Barat: Bursa Malaysia ditutup rendah sesi pagi

Iklan
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 16.45 mata atau 0.99 peratus, kepada 1,639.94 daripada 1,656.39 ketika ditutup pada Selasa. Gambar hiasan

BURSA Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan lebih rendah pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang semakin bimbang berhubung ketegangan di Asia Barat hingga menyebabkan peningkatan aktiviti jualan di bursa-bursa saham global, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 16.45 mata atau 0.99 peratus, kepada 1,639.94 daripada 1,656.39 ketika ditutup pada Selasa.

Iklan
Iklan

Indeks petunjuk pasaran dibuka 13.61 mata lebih rendah kepada 1,642.78.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 795 berbanding 222 dengan 403 kaunter tidak berubah, 990 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Iklan

Jumlah dagangan mencecah 2.43 bilion saham bernilai RM1.28 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, corak dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan peristiwa di Asia Barat.

Iklan

Beliau menjangkakan indeks itu akan berlegar dalam julat 1,650 hingga 1,660 pada Rabu.

"Bursa saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. Akibatnya, DJIA kehilangan 173 mata, manakala Nasdaq merosot 278 mata dengan hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.732 peratus.

"Pasaran saham Hong Kong akan disambung semula dagangannya pada Rabu selepas ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan semalam," katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, kaunter wajaran tinggi menyaksikan prestasi yang bercampur-campur: Maybank turun 8.0 sen kepada RM10.46, Public Bank susut 7.0 sen kepada RM4.54, CIMB Group dan Tenaga Nasional masing-masing jatuh 10 sen kepada RM7.99 dan RM14.30, manakala IHH Healthcare meningkat 13 sen kepada RM7.37.

Dalam kalangan kaunter aktif, Talam Transform dan Focus Dynamics kekal tidak berubah masing-masing pada 2.0 sen dan 2.5 sen. P.A. Resources menokok 1.0 sen kepada 33.5 sen, manakala Leong Hup meningkat 1.5 sen kepada 76 sen.

Sementara itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ILB Group Bhd mengumumkan pertukaran namanya kepada Nuenergy Holdings Bhd, berkuat kuasa mulai 9 pagi pada 4 Oktober (Jumaat). Sekuriti syarikat akan diniagakan dan disebut harga di bawah nama baharu.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 132.64 mata kepada 12,262.32, Indeks FBMT 100 turun 130.92 mata kepada 11,956.04 dan Indeks FBM 70 jatuh 230.37 mata kepada 17,302.52.

Indeks FBM ACE susut 92.20 mata kepada 5,121.10, manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 127.59 mata kepada 12,190.45.

Berdasarkan kepada sektor pula, Indeks Perladangan menyusut 24.92 mata kepada 7,164.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 212.69 mata kepada 19,183.33.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.40 mata kepada 176.69, manakala Indeks Tenaga meningkat 6.25 mata kepada 848.87. - Bernama