Tapak pelupusan sampah haram punca pencemaran udara

Iklan
Suhaizan menujukkan tempat pembuangan sampah haram di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU - Longgokan sampah haram membukit di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling berdekatan dengan Sungai Danga di sini sejak tahun lalu kini mencetuskan pencemaran udara.

Tapak pelupusan sampah haram yang membukit di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling berhampiran Sungai Danga dikesan mencetuskan pencemaran udara di kawasan sekitar.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, tempat pembuangan sampah haram itu, dikesan wujud sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, ia dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk yang akan mengundang penularan penyakit seperti denggi dan sebagainya.

"Saya mendapat aduan berkenaan tempat pembuangan sampah haram itu daripada seorang penduduk di taman tersebut.

Iklan

"Aduan tersebut berkaitan wujudnya tapak pelupusan haram yang wujud di sekitar pinggir sungai dalam dalam parlimen ini.

"Tinjauan kami mendapati terdapat tong-tong Roro (tong sampah Roll-On, Roll-Off) yang membawa sampah secara aktif telah ditinggalkan di kawasan ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Suhaizan lagi, sampah yang dibuang bukan sahaja sampah domestik tetapi juga terdapat juga sampah pembinaaan.

"Kegiatan membuang sampah ini bukan sahaja berkaitan sampah pembinaan malah terdapat juga sampah jenis domestik sehingga meninggalkan kesan bau, pencemaran udara, faktor pembiakan nyamuk yang mampu mengundang penularan penyakit,” katanya.

Tambah Suhaizan, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada pihak SW Corp dan mendesak tindakan tegas serta langkah yang efektif diambil bagi menghapuskan tapak pelupusan sampah haram di Parlimen Pulai.