Belanjawan 2025: Kelantan harap fokus isu kebajikan rakyat

Iklan
Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberikan fokus kepada isu kebajikan rakyat pada pembentangan Belanjawan 2025 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, rakyat ketika ini sedang berdepan dengan kenaikan harga barang susulan penyasaran subsidi diesel.

Iklan
Iklan

"Ini isu melibatkan kepentingan rakyat yang sedang berdepan isu kesempitan dari segi ekonomi.

"Jadi, saya harap kerajaan Persekutuan dapat memberikan keutamaan kepada perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Anwar berkata, Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Belanjawan 2025 yang bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 2024.

Iklan