Adam dedah wujud 'orang ketiga' punca perkahwinan batal

Iklan
Adam dan ibunya (kanan) sempat menyampaikan ucapan meskipun majlis perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

SHAH ALAM - Seorang pemuda yang mendapat perhatian warganet kerana mengumumkan pembatalan pernikahan pada saat-saat akhir tampil menjelaskan punca sebenar majlis itu tidak dapat diteruskan.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Adam mendakwa, wujud orang ketiga dalam hubungan kerana pihak pengantin perempuan dikhabarkan ada berkenalan dengan rakan sekerja lelaki sekitar Julai lalu.

Hantaran Adam yang dimuat naik di TikTok pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Sewaktu perkara itu terjadi, saya berjumpa (sergah) mereka. Saya cakap dengan dia (pihak perempuan) yang saya boleh terima dan masih nak teruskan perkahwinan.

"ALLAH SWT dah tunjukkan jawapan tapi saya masih nak teruskan sehinggalah 23 Ogos lepas, keluarga pihak perempuan datang ke rumah berjumpa saya dan mak untuk memulangkan cincin tunang.

Iklan

"Dia (pihak perempuan) buat keputusan nak putuskan hubungan dan batalkan perkahwinan," katanya menerusi sesi penstriman langsung di TikTok pada Selasa.

Tangkap layar sesi penstriman langsung di TikTok pada malam Selasa.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ibu kepada Adam dilihat sebak mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan kerana calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir, namun keluarganya tetap meneruskan 'hari bahagia' itu dengan majlis bacaan doa selamat.

Iklan

Adam turut memaklumkan, meskipun pihak pengantin perempuan berkeras mahu membatalkan perkahwinan dan kad jemputan juga sudah diberikan kepada 900 tetamu, dia tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

Hal ini kerana menurutnya, persiapan majlis sudah hampir selesai dari segi tempahan dewan, pelamin, set baju pengantin, bayaran jurugambar dan buah tangan untuk tetamu.

"Pada awal September kami tak berhubung langsung, waktu itu saya dan mak berbincang dengan seluruh keluarga nak buat macam mana. Saya ikhtiar, doa serta solat istikharah sehinggalah seminggu sebelum nikah (27 September) boleh dikatakan masih emosi, namun tetap teruskan persiapan kahwin.

"Dalam masa sama, saya dapat maklumat daripada pemilik dewan dan juruakad nikah bahawa ayah kepada pengantin perempuan dah hubungi lebih awal untuk batalkan perkahwinan," ujarnya lagi.

"Berkenaan sama ada pihak kami akan saman atau tidak, minta maaf saya takkan cerita mengenai perkara itu,” ujarnya.