Agensi kerajaan Kelantan pertimbang beli aset GISBH

Iklan
Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, agensi kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk membeli aset-aset GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

"Kita tengok dahulu. Hal ini kerana kita (kerajaan negeri) tidak boleh beli tetapi agensi kerajaan negeri boleh berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun kita boleh tengok. Saya difahamkan banyak premis GISBH telah ditutup," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Dalam pada itu berkenaan kumpulan GISBH, beliau turut meminta supaya jangan menghukum sebelum diadili.

Iklan

Beliau berkata, jika GISBH didapati bersalah dari sudut agama atau negara pihaknya minta supaya tindakan sepatutnya diambil.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Mohamed Fadzli yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan mengesahkan tiada ahli parti itu dikesan terlibat dengan kumpulan GISBH dan Al-Arqam.

Iklan

Beliau berkata, Pas dan Al-Arqam merupakan dua entiti berbeza.

"Sekarang ini tiada ahli Pas yang dikesan terlibat dengan kumpulan itu.

"Saya yakin tiada (ahli) yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-55 di Istana Balai Besar, di sini pada Ahad.