Elak label orang tak solat lebih teruk daripada iblis

Iklan
USAH menyamakan atau melabelkan orang tidak solat atau culas beribadah lebih teruk daripada iblis. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

APABILA melihat orang lain tidak solat atau culas melakukan ibadah, usah sesekali melabelkan mereka dengan gelaran bukan-bukan.

Apatah lagi menyamakannya seperti syaitan atau lebih teruk daripada iblis, makhluk ALLAH SWT yang dilaknat.

Iklan
Iklan

Demikian nasihat yang dititipkan oleh pendakwah Ustaz Ahmad Adnin Roslan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Adnin menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.

Jelas beliau, walaupun tahap keterukan iblis itu sememangnya 'sukar dibawa bincang' apabila enggan bersujud kepada Nabi Adam AS, kufur dan mengajak kita kepada kekufuran, namun jangan bermudah-mudahan menyamakan orang tidak solat lebih teruk daripada iblis.

Iklan

USTAZ ADNIN

"Daripada menuturkan sedemikan, alangkah baiknya jika kita berpesan kepadanya supaya menjaga solat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video berkenaan baru-baru ini.

Iklan

Beliau kemudian mengambil contoh Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.

"Seteruk-teruk iblis itu tidaklah sampai mereka mengaku Tuhan. Sebaliknya iblis sedar bahawa ALLAH SWT itu ada dan wujud.

"Begitu juga dengan puak-puak ateis yang menafikan kewujudkan Tuhan yang mana kedua-dua kelompok itu lebih teruk daripada iblis,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Ustaz Adnin, manusia juga berpotensi menjadi lebih mulia daripada malaikat.

"Caranya adalah dengan menjadi orang beriman, mentaati ALLAH dan bertaubat atas dosa dilakukan.

DARIPADA memberikan gelaran bukan-bukan, lebih baik kita menasihatkan kelompok yang culas beribadah agar menunaikan kewajipan mereka. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

"Ini kerana malaikat mentaati ALLAH dalam keadaan mereka tiada nafsu. Sebagai manusia yang bernafsu, kita ada godaan dari kiri, kanan, depan, belakang dan sebagainya, tetapi kita masih mampu taat kepada-NYA. Orang sebegini tahapnya lagi tinggi daripada malaikat.

"Sama-samalah kita jadi orang beriman, mentaati ALLAH dan bertaubat atas dosa-dosa dilakukan,” nasihatnya.