Jamal Abdillah kongsi rahsia awet muda di usia 65 tahun

Iklan
Jamal menafikan mengambil sebarang suntikan untuk kekal muda.

TAMPAK masih muda bertenaga biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah tidak mengamalkan sebarang petua awet muda.

Sebaliknya ujar pemilik nama penuh Jamal Ubaidillah Mohd Ali itu, beliau mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan dirinya sentiasa bertenaga.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, Jamal tidak menolak, rupa paras yang tidak dimamah usia itu mungkin disebabkan faktor keturunan.

"Saya tidak amalkan apa-apa petua, pengambilan makanan tambahan berasaskan tumbuhan itu adalah, tetapi saya memang jaga kesihatan dari usia muda, setiap hari joging.

Iklan

"Mungkin ini adalah faktor keturunan sebab arwah ayah saya masa umur 75 tahun pun masih tiada uban,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Ditanya berkaitan penjagaan wajah, bapa kepada enam orang cahaya mata itu tanpa berselindung memberitahu hanya menggunakan sabun pencuci muka yang dikenali sebagai ‘sabun papaya’.

Iklan

"Kalau untuk pencuci muka saya pakai sabun papaya dan masih dijual sehingga hari ini. Sabun itu sebenarnya sangat bagus itu jerawat dan luka,” akuinya.

Jamal dan Hattan akan membantu Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA) mengutip dana bagi disalurkan kepada pelajar sekolah yang memerlukan.

Dalam pada itu, Jamal bakal bergandingan bersama Datuk Hattan bagi menjayakan Konsert Amal Night of Love & Compassion yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember depan.

Konsert tersebut merupakan anjuran Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA).

Terbuka

Sementara itu, ditebak mengenai dua anaknya iaitu Osama Yamani atau lebih dikenali dengan nama pentas Yamani Abdillah dan Zaki Yamani yang dilihat terikut-ikut gaya nyanyiannya, Jamal berkata, beliau terbuka dengan persamaan itu.

Katanya, sebagai bapa, beliau berpendapat anak-anaknya pasti tidak boleh lari daripada terikut-ikut suaranya.

"Saya tidak melihat itu sebagai satu masalah kerana mereka anak saya dan mereka nyanyi pun lagu saya. Kadang-kadang ada penganjur nak ambil Jamal Abdillah tak mampu, ambil anak. Jadi ada permintaan untuk bawa lagu saya dan anak pun nyanyi seperti saya.

"Lagipun bila bapa dan anak, memang tidak boleh lari persamaan suara, lihat seperti arwah Saleem dan anaknya, Syafiq.

"Saya tidak ada masalah, cuma harap anak-anak lebih kreatif untuk olah gaya nyanyian itu supaya orang tidak terus membandingkan," katanya.