Keputusan fatwa GISBH disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

Iklan
Mohammad Fahmi

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menyembah maklum keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, hasil keputusan itu perlu dipersembahkan jawatankuasa itu kepada Sultan Selangor sebelum diwartakan secara rasmi.

Iklan
Iklan

"Kita akan menyembah maklum keputusan mesyuarat khas kepada baginda esok,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan ke atas 612 individu yang terlibat dengan GISBH.

Iklan

Siasatan dengan kerjasama penuh polis itu mengesan 386 individu diklasifikasikan sebagai mangsa yang diselamatkan selain 184 orang yang disyaki (OYDS) bagi tujuan pendakwaan, manakala baki 42 individu masih menunggu klasifikasi polis.

Semua individu itu disiasat mengikut Seksyen 7,8,10,12(c) dan 13 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Seksyen 106 dan 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 serta Seksyen 40 dan 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Iklan

JAIS turut menutup semua Sekolah Islam di bawah GISBH dangan mengeluarkan notis penutupan mengikut Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan 2001.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH disegerakan dan mahu seluruh agensi agama Islam di Selangor bekerjasama dengan polis bagi memastikan semua pihak terlibat diheret ke mahkamah.

Selain itu, baginda menitahkan semua rumah amal dan sekolah Islam bawah kawalan syarikat berkenaan serta rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terbabit kegiatan jenayah termasuk syariah ditutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini.