'Generasi baharu misil Iran akan gemparkan dunia'

Iklan
Projektil dikesan di ruang udara bandar Ashdod ketika hujan peluru dilancarkan Iran ke seluruh Israel. - Foto AFP

TEHERAN - Bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan pelancar misil Iran kini dalam keadaan siap siaga untuk dilancarkan pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang serangan balas berpotensi yang mungkin dilancarkan Israel.

"Sistem pertahanan udara di Teheran juga sudah melakukan persediaan tahap tertinggi," ujar Mohammad Esmaeil Kowsari pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banyak platform pelancar misil Iran masih belum digunakan.

"Kami tidak teragak-agak untuk mengaktifkannya jika rejim Zionis salah perhitungan. Kuasa pemusnah generasi baharu misil Iran pastinya akan mengejutkan seluruh dunia," jelasnya lagi.

Iklan

Buat pertama kali, serangan peluru berpandu dilancarkan Iran berjaya membolosi sistem pertahanan udara Tel Aviv dan tepat mengenai sasaran.

Akhbar Haaretz melaporkan hujan misil tersebut menyebabkan kemusnahan di Negev, Sharon dan beberapa lokasi yang menempatkan kemudahan tentera Israel. - Agensi

Iklan