BAM ucap selamat tinggal kepada beberapa pemain

Iklan
BAM menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain terlibat. Foto BAM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) merakamkan penghargaan kepada beberapa pemain yang akan meninggalkan skuad kebangsaan dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.

BAM menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain terlibat.

Iklan
Iklan

Mereka termasuk Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Kok Jing Hong, Jan Jireh Lee Zhi Ming (perseorangan lelaki), Siti Nurshuhaini Azman, Ung Yi Xing (perseorangan wanita), Rayner Beh Chun Meng, Choi Jian Sheng (beregu lelaki), Anna Cheong Ching Yik, Low Yeen Yuan (beregu wanita) dan Jeremy Juan Zhen Liang, Poopathi Velayutham dan Lai Ting Cen (beregu campuran).

BAM turut mengumumkan 34 ahli pasukan senior kebangsaan bagi 2025. Foto BAM

Sementara itu, BAM turut mengumumkan 34 ahli pasukan senior kebangsaan bagi 2025 selepas proses pemilihan melibatkan perbincangan antara Pengurusan BAM dan barisan kejurulatihan diketuai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Iklan

Antaranya Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao (perseorangan lelaki), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).

Sementara bagi skuad beregu wanita, Pearly Tan dan M Thinaah dikekalkan namun pemain lain akan ditentukan kemudian selepas penilaian oleh ketua jurulatih baharu sektor itu.

Iklan

"Matlamatnya adalah untuk membina skuad yang kuat dan berdaya saing bagi tahun depan," menurut perkongsian itu. - Bernama