Kisah Girona di La Liga, Liga Juara-Juara

Iklan
Michel

KELAB La Liga Sepanyol, Girona yang mula dihimpit krisis kecederaan tekad menghadirkan tiga mata apabila melayan kunjungan gergasi Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Montilivi.

Namun disebalik iltizam tinggi itu Michel, pengendali kelab yang dikuasai 47 peratus City Football Group tersebut menegaskan Blanquivermells perlu mengambil satu perlawanan pada satu masa.

Iklan
Iklan

"Ia realiti baharu kami. Kami perlu mengambilnya satu perlawanan pada satu masa.

"Bahagian tengah tanpa Romeu satu kekurangan buat pasukan. Tetapi untuk tiga mata esok, kami memerlukan kesebelasan terbaik. Kami perlu melihatnya seperti itu.

Iklan

"Saya amat bimbang tentang isu psikologi. Romeu tidak bermain menentang Rayo Vallecano dan mengalami kecederaan. Perkara yang paling penting ialah tumpuan baik-baik saja. Fokus saya adalah untuk aksi terbaik dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan bermain akan menjadi sebaik mungkin," kata Michel kepada pemberita menjelang perlawanan.

Girona tewas kepada gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG), 0-1 pada 19 September lalu, penampilan pertama ke kejuaraan kelab elit Eropah dalam sejarah 94 tahun pasukan, Girona memperoleh slot Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat ketiga musim lalu, hanya empat tahun selepas dinaikkan ke liga utama Sepanyol.

Iklan

Skuad bimbingan Michel mula terkesan belenggu kecederaan apabila kehilangan khidmat Oriol Romeu dan Daley Blind yang mengalami kecederaan semasa Girona seri 1-1 di Celta Vigo dalam perlawanan liga pada Ahad.

Romeu kini berdepan diketepikan kira-kira lapan minggu manakala pertahanan kelahiran Belanda, Blind tidak akan bermain selama empat minggu.

Saingan Girona di La Liga musim ini tidak sefantastik musim lalu apabila bermula kurang memberangsangkan, menang dua dan seri tiga daripada lapan perlawanan untuk menduduki tangga ke-12 dengan sembilan mata.

"Tekanan bermain La Liga diikuti Liga Juara-Juara tinggi. Impian kami mahu menang dan mencipta sejarah dalam Liga Juara-Juara, untuk penyokong-penyokong kami.

"Mendengar lagu Liga Juara-Juara di laman sendiri akan menjadi sejarah di Girona. Kematangan skuad ini sangat hebat. Kami mempunyai pemain berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menangani situasi ini.

"Dari perspektif saya sebagai jurulatih, dari sudut pengurusan, lebih mudah untuk menguruskan perubahan ke arah Liga Juara-Juara.

"Namun daripada 'ledakan' bermain dalam Liga Juara-Juara, anda perlu kembali kepada realiti liga, yang mana itulah yang akan memberi kami kemungkinan untuk terus berkembang sebagai sebuah kelab," ujar Michel.