Pelajar terbeban dengan silibus, bukan sebab peperiksaan - Mustafa

Iklan
Mustafa pada Wacana Sinar ke- 458 UPSR,PT3: Mencari Alternatif Terbaik pada Rabu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji termasuk mengurangkan silibus agar pelajar mempunyai masa untuk menguasai sesuatu mata pelajaran.

Ahli Dewan Negara, Datuk Mustafa Musa berkata, peperiksaan sebenarnya tidak membebankan tetapi silbus yang mengganggu psikologi anak-anak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seorang penggubal silibus yang memahami tentang kandungan kurikulum, psikologi anak-anak akan menghasilkan kurikulum munasabah yang perlu dihabiskan dalam tempoh setahun.

"Sekolah ada masa 190 sehari setahun, tapi masa itu dihabiskan dengan program dan acara lain, tolak semua itu berapa hari yang tinggal?

Iklan

"Jadi akhirnya apa yang berlaku ialah tekanan itu datang daripada silibus yang terlalu banyak dan padat yang perlu dipelajari dan bukan disebabkan peperiksaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke- 458 UPSR,PT3: Mencari Alternatif Terbaik yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Iklan

Antara panelis lain yang terlibat ialah Pempengaruh Pendidikan, Cikgu Zack Kirana dan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad serta dihoskan oleh Ismail Adnan.

Jelasnya, peperiksaan itu sebenarnya proses yang biasa, tapi jika silibus dikurangkan pelajar mempunyai banyak masa untuk buat latih tubi dan kerja rumah.

"Satu topik misalnya ada peluang empat minggu untuk mereka belajar sampai mahir. Ini tidak baharu nak kuasai topik baharu, minggu depan cikgu dah masuk topik lain.

"Jadi bukan isu tekanan itu datang daripada peperiksaan tetapi tekanan dari silibus yang terlalu banyak dan padat.

Tambahnya, jika ada yang menganggap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) itu kononnya tidak ada tekanan, silibus yang banyak juga tetap beri tekanan pada PBD.

Mengulas lanjut mengenai cadangan untuk mewujudkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mengikut format pemarkahan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Mustafa berkata pentaksiran boleh diubah mengikut keperluan semasa.

"Kalau kita merasakan ‘one off’ punya sistem itu dianggap ketinggalan kita boleh ubah seperti yang dilakukan dalam STPM.

"Yang pentingnya mesti ada satu bentuk pentaksiran berpusat di hujung sesuatu pembelajaran seperti UPSR.

"Kita nak tahu samaada pelajar menguasai atau tidak, sebab itu kena ada peperiksaan berpusat untuk melihat dengan jelas di mana tahap anak-anak kita di peringkat nasional," katanya.