Individu dianiaya berhak dapat keadilan

Iklan
Gambar hiasan

BERSANDING di pelamin bersama pasangan merupakan perkara yang paling bermakna bagi semua pengantin namun tidak bagi seorang lelaki apabila gadis impiannya bertindak membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.

Baru-baru ini, tular di media sosial, ibu kepada pengantin lelaki berkenaan mengumumkan bahawa majlis perkahwinan anak bujangnya tidak dihadiri oleh pengantin perempuan.

Iklan
Iklan

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Adam mendakwa, wujud orang ketiga dalam hubungan kerana pihak pengantin perempuan dikhabarkan ada berkenalan dengan rakan sekerja lelaki sekitar Julai lalu.

Sudah pasti situasi tersebut sukar diterima kepada sesiapa pun yang mengalami, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Iklan

Jika tidak mahu meneruskan sesuatu hubungan, eloklah pasangan berbincang secara terbuka dan jujur bukan satu atau dua bulan sebelum majlis namun sepatutnya lebih awal agar tidak berlaku penganiayaan kepada pihak lain.

Ini kerana pembatalan sesuatu majlis perkahwinan bukan sahaja melibatkan kerugian dari segi wang ringgit malah maruah seseorang.

Iklan

Oleh itu, wajar jika mereka yang dianiaya itu mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut ganti rugi sebagaimana yang termaktub di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Penasihat Persatuan Peguam Syarie Terengganu, Fazru Anuar Yusof berkata, Seksyen 14, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 menyatakan tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pemungkiran janji untuk berkahwin.

"Sebelum daftar kes, perlu pastikan nilai tuntutan dan bidang kuasa. Sekiranya ganti rugi kurang daripada RM100,000 hendaklah daftar bawah Mahkamah Rendah Syariah

"Jika nilai tuntutan melebihi RM100,000 perlu daftar bawah Mahkamah Tinggi Syariah sebelum memfailkan kes," katanya.

Sementara itu, Peguam Syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Hamzah menjelaskan, tuntutan terhadap perbelanjaan bagi majlis pertunangan termasuk persiapan perkahwinan boleh dibuat bersandarkan bukti-bukti yang kukuh.

Katanya, sebarang kos perbelanjaan yang ditanggung tanpa rela tetap satu penganiayaan kepada pihak terlibat dan tindakan undang-undang berhak diambil.

"Jika tarikh perkahwinan masih lambat lagi sekalipun, tuntutan penbelanjaan majlis tunang boleh dibuat, apatah lagi bagi persiapan perkahwinan telah dibuat termasuk tempahan yang memerlukan bayaran.

"Jika pihak teraniaya nak buat tuntutan pastikan ada bukti termasuk resit pembayaran. Sekiranya tiada jumlah yang dipersetujui pihak yang dituntut mahkamah akan tentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar," ujarnya.