DOHA - Iran tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu.
Itu amaran Presiden Iran, Massoud Pezeshkian kepada Israel dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Iklan
Iklan
Bahkan, tegas Massoud, Iran"tidak mencari perang" tetapi Israel memaksa mereka untuk bertindak balas.
Beliau berkata, objektif Israel adalah untuk meluaskan keganasan di rantau itu dan menyalahkan rejim Zionis itu kerana enggan menerima keamanan.
Sehubungan itu, Massoud menegaskan, mahu mencegah dan menghentikan keganasan.
Presiden Massoud kini berada di Doha dalam rangka lawatan kerja di sebalik Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke atas Israel pada Selasa dan ketika rejim Zionis dijangka melakukan tindak balas dalam masa terdekat ini. - Agensi