Israel lancar serangan udara di tengah Beirut

Iklan
Sebelum serangan di tengah Beirut, Israel turut melancarkan tiga serangan udara di kawasan Haret Hreik, pinggir selatan Beirut yang turut menyebabkan kebakaran. Foto AFP

BEIRUT - Pusat Kesihatan yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah di kawasan al-Bachoura, tengah Beirut menjadi sasaran serangan udara Israel hingga mencetuskan kebakaran besar pada malam Rabu, lapor Xinhua.

Saluran TV tempatan, al-Jadeed, melaporkan bahawa asap tebal kelihatan berkepul dari bangunan itu menerusi rakaman video.

Iklan
Iklan

Serangan udara itu turut menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berhampiran serta beberapa kenderaan yang diparkir di sekitar kawasan berkenaan.

Ambulans dan pasukan pertahanan awam segera bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan usaha menyelamat.

Iklan

Sebelum serangan di tengah Beirut, Israel turut melancarkan tiga serangan udara di kawasan Haret Hreik, pinggir selatan Beirut yang turut menyebabkan kebakaran, menurut laporan saluran TV yang sama.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dan menyatakan bahawa ia adalah serangan tepat yang menyasarkan ibu negara Lubnan. - Bernama-Xinhua

Iklan