Operasi pencarian Sabari ditamatkan

Iklan
Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan. (Gambar kecil: Subhiah Roslina) Foto Bernama

JITRA - Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.

Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut malam tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian, iaitu di Jambatan Kampung Empa, Derang, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lepas, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap, tidak menemukan sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan pada petang semalam.

Iklan

Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 September lepas, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Iklan

Operasi pencarian Sabari melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi pencarian Sabari membabitkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh masih belum berhasil. - Bernama