'Kami telah melakukan segala mungkin untuk menang'

Iklan
Lopez

NAMA David Lopez terukir dalam sejarah Girona selepas menjaringkan gol pertama kelab La Liga Sepanyol itu dalam saingan Liga Juara-Juara, namun di sebalik itu, Blanquivermells tidak mempunyai sebab meraikan selepas tewas 2-3 kepada kelab liga Belanda, Feyenoord Rotterdam, 2-3 di Stadium Montilivi.

Girona memulakan kempen sulung Liga Juara-Juara, dengan kekalahan 0-1 di Paris Saint-Germain (PSG) hasil jaringan sendiri penjaga gol Paulo Gazzaniga (m-90).

Iklan
Iklan

Kali ini juga dua gol sendiri Yangel Herrera (m-23) dan Ladislav Krejci (m-79) serta kegagalan Bojan Miovski menyempurnakan sepakan penalti minit ke-67, menyaksikan kelab kerdil Sepanyol itu tumbang kali kedua berturut-turut.

Biarpun begitu beraksi di laman sendiri buat pertama kali di pentas Liga Juara-Juara, Girona agresif memberikan saingan untuk kekal dalam pertandingan dengan 64 peratus penguasaan dan 13 percubaan ke arah gol menunjukkan mereka mempunyai kualiti mengubah hala tuju kempen.

Iklan

"Kami mencipta peluang, dan perlu meneruskannya, namun tidak dinafikan keputusan memalukan.

"Semasa perlawanan kami menerima tamparan kecil yang melambatkan kami. Tetapi saya tetap dengan keyakinan bahawa kami tidak berputus asa dalam penampilan sulung Liga Juara-Juara," katanya.

Iklan

Dengan Slovan Bratislava menanti perlawanan seterusnya di laman sendiri, peluang untuk kembali bangkit di pentas Eropah.

"Dalam perlawanan seterusnya kami perlu mengekalkan tiga mata di sini (Girona) tidak kira apa pun. Kami mempunyai kualiti yang cukup dalam skuad untuk dapat melakukannya," kata Lopez.