Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah

Iklan
Penggiat industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi. Foto hiasan

KALANGAN penggiat industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

Sambil berharap perkara itu diangkat dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan pada 18 Oktober ini, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M Saaid berkata, ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Iklan
Iklan

Sebagai contoh, beliau berkata walaupun hotel lima bintang di rantau ini mengenakan bayaran AS$400 - AS$500 (RM1,600 - RM2,100) semalam, hotel Malaysia dalam kategori sama sebaliknya mengenakan caj RM320 - RM450 yang tidak setara.

"Persatuan berpendapat kadar sewa bilik hotel ini perlu mencerminkan standard serta reputasi jenama hotel di Malaysia dalam usaha untuk kekal berdaya saing,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Tindakan itu tidak melibatkan pelancong tempatan yang akan terus menikmati bayaran itu dalam ringgit.

Langkah sedemikian dapat membantu hotel dari segi menjana pendapatan lebih besar, menyediakan peruntukan lebih besar bagi tujuan penyelenggaraan selain baik pulih serta pampasan untuk pekerja.

Iklan

MAHO turut membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan kos bagi tujuan menjalankan perniagaan.

Salah satu cabaran operasi utama adalah peningkatan kos tenaga susulan pelaksanaan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) 20 sen/kilowatt jam (kWj) pada awal tahun ini yang menyebabkan lonjakan perbelanjaan tenaga hotel sebanyak 35-50 peratus.

Shaharudin berkata walaupun surcaj dikurangkan kepada 0.17 sen/kWj baru-baru ini, bebanan terhadap industri hotel tetap ketara.

Selain itu, isu lain adalah peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,500 selain pengurangan tempoh waktu bekerja mingguan di bawah pindaan Akta Kerja yang hanya menjejaskan kewangan hotel.

Sehubungan itu, Shaharuddin berkata, MAHO merayu agar kenaikan gaji minimum itu ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 2026 bagi membolehkan industri benar-benar pulih daripada impak pandemik Covid-19.

Persatuan juga berusaha mendapatkan semakan semula insentif Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan yang ketika ini hanya melibatkan pembangunan hotel baharu hingga yang berstatus tiga bintang.

"MAHO meminta agar hotel empat dan lima bintang turut disenaraikan dalam insentif bagi mempromosi pelancongan mewah serta menarik kehadiran pelancong yang banyak berbelanja,” katanya. - Bernama