Bayi baru lahir dibuang tepi sungai

Iklan
Mayat bayi perempuan ditemui di tepi Sungai Larut dekat Simpang di sini dipercayai dibuang sebaik dilahirkan pada Rabu. - Gambar hiasan 123RF, Mohamad Nasir (kanan).

TAIPING - Mayat bayi perempuan ditemui di tepi Sungai Larut dekat Simpang di sini dipercayai dibuang sebaik dilahirkan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, penemuan itu terbongkar selepas menerima aduan dari Hospital Taiping pada jam 3.32 pagi yang membawa kepada penahanan seorang wanita dan lelaki warga asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita warga Kemboja berusia 43 tahun yang dalam keadaan sedar dan baru melahirkan anak telah mendapatkan rawatan kecemasan di hospital tersebut.

"Wanita itu memaklumkan bayinya telah meninggal dunia, bagaimanapun bayinya tidak dibawa bersama.

Iklan

"Siasatan awal dijalankan mengesyaki bayi yang baru dilahirkan itu telah dibuang dengan dibalut kain dan diletakkan di dalam beg," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, susulan daripada maklumat diterima, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun yang terlibat dalam kejadian terbabit.

Iklan

Katanya, tangkapan kemudiannya telah menunjukkan tempat mayat bayi terbabit dibuang.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya.