Keganasan kumpulan di Haiti: Lebih 700,000 orang hilang tempat tinggal

Iklan
Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan di Port-au-Prince di Haiti. Foto AFP

MOSCOW - Lebih 700,000 orang termasuk kanak-kanak, terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Haiti akibat krisis kemanusiaan dan keganasan kumpulan, iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding Jun, lapor Sputnik.

"Lebih 700,000 orang dengan lebih separuh daripadanya adalah kanak-kanak, kini menjadi pelarian dalam negara di seluruh Haiti. Angka terkini menunjukkan peningkatan 22 peratus berbanding Jun, menyaksikan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing," menurut laporan terbaharu Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Rabu.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, lebih 110,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka disebabkan keganasan kumpulan penjenayah khususnya di Gressier, menurut kenyataan itu lagi.

"Majoriti orang yang hilang tempat tinggal di Haiti, sekitar 75 peratus kini ditempatkan di wilayah negara itu, dengan wilayah Grand Sud sahaja menampung 45 peratus daripada mereka yang dipindahkan," menurut laporan itu.

Iklan

Haiti dibelenggu krisis sosioekonomi dan politik yang kian meruncing selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.

Negara itu juga menyaksikan peningkatan luar biasa membabitkan kes keganasan kumpulan seperti pemerasan dan penculikan. - Bernama-Sputnik

Iklan