Lima nelayan Myanmar ditahan bersama 2,300 kg hasil laut

Iklan
Lima kru termasuk tekong ditahan Maritim Malaysia Pahang di tahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari tenggara perairan Kuala Tembeling, Jerantut, kira-kira jam 9 pagi Rabu.

KUANTAN - Lima nelayan warga Myanmar ditahan manakala 2,300 kilogram hasil laut turut dirampas di kedudukan 1.2 batu nautika dari tenggara perairan Kuala Tembeling, Jerantut, kira-kira jam 9 pagi Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 40 tahun disyaki melanggar syarat sah lesen ketika pihaknya menjalankan rondaan Op Makmur dan Preventive SAR yang sedang bersauh di perairan itu.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan awal mendapati, vesel nelayan tempatan Kelas C dikendalikan oleh lima kru wargan Myanmar termasuk tekong.

"Vesel itu disyaki melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah iaitu menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia, hasil pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau memaklumkan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sewaktu diperiksa.

" Vesel dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan

Mazlan berkata, pihaknya mengingatkan komuniti maritim terutamanya nelayan di perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti jenayah.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap perlanggaran yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan," tegasnya.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999 untuk tindakan lanjut.