Pemain muda JDT II, Selangor B-23 menentang New Zealand

Iklan
Haykal Danish

PEMAIN muda dari Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor FC bawah 23 tahun (B-23) merupakan antara tiga muka baharu yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober ini.

Mereka ialah penjaga gol Selangor Azim Al Amin Kamaruddin serta pemain muda dari skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang baharu kembali dari Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2025 di Tajikistan iaitu penjaga gol Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor B-23).

Iklan
Iklan

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti Vicente turut memanggil kembali pemain tengah Sabah FC Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 untuk kem latihan bermula Ahad ini.

Senarai nama pemain yang dipilih sertai Harimau Malaya.

Vicente mengekalkan 23 daripada 26 pemain dari pasukan yang menjuarai Pestabola Merdeka bulan lepas untuk melengkapkan senarai 27 pemain bagi kali ini, manakala 11 pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai utama.

Iklan

"Skuad Harimau Malaya akan berlepas terus ke Auckland pada 6 Oktober untuk menjalani kem latihan pusat selama seminggu bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober dan kembali ke tanah air hari berikutnya,” menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis.

Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka selepas menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi separuh akhir pada 4 September dan mengatasi Lubnan 1-0 dalam final pada 8 September di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama

Iklan