Hampir 50 haiwan di Zoo Vietnam mati, dikaitkan dengan selesema burung

Iklan
Pakar veterinar memberi amaran mengenai virus H5N1 atau selesema burung selepas 44 ekor harimau, tiga ekor singa dan seekor harimau bintang dilaporkan mati di dua zoo di Ho Chi Minh City bulan lepas. Foto hiasan

PHNOM PENH - Pakar veterinar memberi amaran mengenai virus H5N1 atau selesema burung selepas 44 ekor harimau, tiga ekor singa dan seekor harimau bintang dilaporkan mati di dua zoo di Ho Chi Minh City bulan lepas.

Menurut laporan VN Express, harimau-harimau di Taman Pelancongan Taman Mangga di Wilayah Dong Nai dan Zoo My Quynh di Wilayah Long An mengalami keletihan dan kelemahan sebelum mati.

Iklan
Iklan

Kedua-dua zoo terbabit terletak di Ho Chi Minh City, selatan Vietnam.

"Pegawai veterinar dari Pejabat Kesihatan Haiwan Wilayah No.6, menjalankan pemeriksaan klinikal serta melakukan bedah siasat ke atas bangkai dua harimau Bengal.

Iklan

"Diagnosis awal menunjukkan bahawa harimau-harimau itu mati akibat radang paru-paru," menurut laporan akhbar dalam talian itu.

Sebanyak 17 ekor harimau termasuk anak harimau dan seekor harimau bintang mati di Taman Mangga pada September, manakala 27 ekor harimau dan tiga ekor singa mati di Zoo My Quynh antara Ogos hingga 16 September, lapor VN Express.

Iklan

Pegawai kesihatan sedang memantau dan berusaha mencegah kemungkinan penularan virus itu terhadap manusia selepas mereka mendapati sekurang-kurangnya 30 orang berhubung dengan harimau-harimau itu. Kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Varian H5N1 atau selesema burung boleh mengancam burung berhijrah dan haiwan ternakan serta merebak kepada binatang dan manusia. - Bernama