Perhimpunan solidariti: Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Iklan
Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail

KUALA LUMPUR - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kertas siasatan itu dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, kita sedang menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan solidariti itu.

Iklan

Seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestin dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada jam 8.10 pagi.

Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Iklan