Restoran di Indonesia buang menu kelawar

Iklan
Pelanggan memilih daging kelawar yang dijual di Pasar Tomohon di Sulawesi Utara.

JAKARTA - Beberapa restoran di bandar Manado di Sulawesi Utara membuang kelawar daripada senarai hidangan mereka ekoran kebimbangan penularan wabak koronavirus.

Antara menu yang cukup popular dalam kalangan penduduk Indonesia di wilayah itu ialah kelawar masak lemak.

Iklan
Iklan

Namun, sejak seminggu lalu menu tersebut sukar didapati malah penjualan daging kelawar di Pasar Tomohon juga didapati semakin berkurangan.

Pasar Tomohon atau terkenal dengan jolokan 'pasar menakutkan' bukan sahaja menjual daging kelawar, malah turut menjual daging anjing, kucing, tikus, babi hutan dan ular.

Iklan

Seorang pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mereyke berkata, dia sudah memberhentikan sementara menu kelawar yang sememangnya mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

"Sudah seminggu kami tidak menjualnya. Kami mendapat tahu bahawa kelawar membawa virus itu (koronavirus)," katanya.

Iklan

Seorang lagi pemilik restoran, Nicolina Pelealu berkata, dia membuang menu kelawar bagi memastikan perniagaannya tidak terjejas.

"Penyebaran berita palsu terutamanya membabitkan menu kelawar menyebabkan perniagaan saya sedikit terjejas.

"Tetapi, saya akan tetap memasak daging kelawar sekiranya mendapat tempahan peribadi terutama sekali daripada pelanggan tetap," katanya.

Tabiat memakan haiwan eksotik dalam kalangan masyarakat di Sulawesi Utara bukanlah amalan keseluruhan rakyat republik itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa haiwan eksotik termasuk kelawar dan ular mungkin menjadi punca koronavirus yang tercetus di Wuhan, China.

Antara virus yang dikaitkan dengan kelawar ialah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sistem Pernafasan Asia Barat (MERS) dan Ebola. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Hidangan haiwan eksotik: Penguat tenaga atau punca bala dunia