Pasar Siti Khadijah

Iklan
Pasar Siti Khadijah yang terletak di tengah bandar Kota Bharu menjadi tumpuan penduduk setempat dan dalam kalangan pelancong luar untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan makanan.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur di Pasar Siti Khadijah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI amat komited untuk membaik pulih pasar berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan ia sangat diperlukan oleh 1,500 peniaga di premis itu.

"Saya lulus peruntukan itu minggu ini dan saya minta Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (Jasri Kasim) untuk membuat pemantauan pada minggu depan mengenai kerja-kerja baik pulih yang hendak dimulakan dahulu."

- Foto: Bernama