Juruteknik terjatuh ketika kerja selenggara kereta kabel Langkawi

Iklan
Mangsa Khairul Nizam Jaffar, 41, dipercayai terjatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui.

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruteknik yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi pada Khamis.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 petang berhubung kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan mangsa, Khairul Nizam Jaafar, 41, yang dilaporkan terjatuh dari platform tingkat dua pada ketinggian dianggarkan antara 40 hingga 50 meter masih belum dapat dikenal pasti.

Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.

Iklan

"Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Mat Sirat dan BBP Langkawi telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba 13 minit kemudian.

"Keadaan mangsa belum dapat dipastikan dan pasukan bomba kini dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jelas Mohd Zamri, kerja mencari dan menyelamat masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi.