Kerugian banjir berkurang kepada RM755 juta tahun lalu - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 di PPS Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pada Khamis.

KOTA TINGGI - Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada tahun lepas berjaya dikurangkan kepada RM755 juta, berbanding dengan RM1.03 billion berbanding pada tahun 2022.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengurangan kerugian sebanyak RM275 juta itu hasil daripada kecekapan semua pihak menerusi konsep pengurangan risiko bencana.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, meskipun bencana banjir tidak boleh dielakkan namun impak bencana boleh diminimumkan dengan tahap kesiapsiagaan menghadapi banjir sentiasa dipertingkatkan.

"Sejak saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya tekankan komunikasi dan koordinasi. Oleh itu kerjasama semua pihak dengan penyelarasan yang betul membolehkan sesuatu gerak kerja itu lebih baik.

Iklan

"Ia seterusnya dapat mengurangkan kerugian pengurusan bencana negara yang akhirnya menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya tahan bencana.

"Pada Monsun Timur laut 2023 yang lalu, nilai kerugian yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM755 juta dari Januari sehingga Disember 2023. Nilai kerugian ini menurun berbanding RM1.03 bilion pada MTL 2022, iaitu pengurangan kerugian sebanyak RM275 juta," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2024 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030.

Beliau berkata, dasar itu bagi memastikan langkah pengurusan bencana yang lebih relevan dengan meningkatkan keupayaan negara dalam menghadapi dan menguruskan bencana dengan lebih baik.

"Syukur Alhamdulillah, penggubalan dasar ini telah pun selesai dan mendapat kelulusan Kabinet dan pada hari ini, Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 ini akan dilancarkan pada bersempena dengan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024," ujarnya.