Homesoy lancar ‘Stop That Dot' galak pengesanan awal kanser payudara

Iklan
Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball ‘Stop That Dot’, mewakili sel kanser yang jika tidak dikesan, boleh menular dan menjejaskan kesihatan.

HOMESOY, jenama susu soya terkemuka di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, melancarkan kempen Homesoy 3.0 ‘Stop That Dot’ untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya dalam kalangan wanita.

Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation Sdn Bhd, Chang Wan Ping berkata, selain memperkenalkan kepelbagaian penggunaan kacang soya, kempen itu juga menekankan kepentingan pengesanan dan tindakan awal, yang merupakan agenda utama Homesoy dalam mengurangkan risiko kanser payudara.

Iklan
Iklan

"Di Ace Canning, kami sedia untuk menyertai golongan wanita dalam menghadapi perjuangan penting ini. Kanser payudara bukanlah hanya satu perjuangan individu sebaliknya ia akan memberi kesan kepada ahli keluarga dan masyarakat.

"Melalui kempen ‘Stop That Dot' dan inisiatif #ScanNowSpotEarly, kami ingin mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak berjuang sendirian.

Iklan

"Pengesanan awal merupakan langkah penting yang boleh menyelamatkan nyawa dan kami berharap inisiatif ini akan menggalakkan para wanita untuk mengambil langkah proaktif bagi menjamin kesihatan mereka,” katanya ketika majlis pelancaran kempen tersebut di Le Meridien Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ace Canning Corporation Sdn Bhd menyampaikan sumbangan kepada Cancer Research Malaysia.

Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball ‘Stop That Dot’, mewakili sel kanser yang jika tidak dikesan, boleh menular dan menjejaskan kesihatan.

Iklan

Kempen Homesoy 3.0 juga menampilkan sebuah filem daripada jenama berkenaan yang menyentuh perasaan, serta laman mikro yang akan menyampaikan maklumat penting kepada pengguna mengenai inisiatif ini.

Ace Canning Corporation Sdn Bhd, melancarkan kempen Homesoy 3.0 ‘Stop That Dot’ untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya dalam kalangan wanita.

Wan Ping juga menekankan peranan Homesoy 3.0 yang bukan sekadar susu soya yang berkhasiat, sebaliknya direka untuk memenuhi selera masyarakat Malaysia sambil berfungsi sebagai penyokong kesihatan wanita.

"Melalui kerjasama kami dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), kami sedia untuk membanteras maklumat palsu atau salah faham mengenai soya dan kanser payudara.

"Berbekalkan maklumat pemakanan yang lebih tepat, diharap ia dapat membantu memperkasa wanita supaya dapat membuat keputusan yang tepat untuk mencegah kanser. Kami memberikan komitmen untuk membawa impak yang bermakna dan positif dalam perjuangan ini,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai kempen ‘Stop That Dot’ dari Homesoy boleh didapati di http://www.stopthatdot.homesoy.my manakala maklumat lanjut mengenai Homesoy, Homesoy 3.0

dan Ace Canning Corporation di http://www.homesoy.my.