'Azmin punca PN kalah PRK Mahkota hanya pandangan peribadi'

Iklan
Akmal Zahin

KUALA LUMPUR - Tuduhan segelintir pihak yang menyalahkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini hanyalah pandangan peribadi.

Pengerusi Tetap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Akmal Zahin Zainal Zahir berpandangan, setiap individu mempunyai penilaian sendiri dan keputusan pilihan raya bergantung sepenuhnya kepada pilihan pengundi.

Iklan
Iklan

"Itu (Mohamed Azmin punca kekalahan PN) pandangan individu, peribadi. Sayap parti turun padang bukan dua minggu, malah sebulan sebelum PRK.

"Ahli di Johor telah memberi komitmen yang terbaik, akhirnya keputusan PRK tetap di tangan pengundi," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan, dua pemimpin pembangkang mendakwa Mohamed Azmin telah menyumbang kepada kekalahan gabungan itu dalam PRK Mahkota.

Memetik sumber yang enggan dinamakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu tidak melakukan tugas dengan baik dalam menggemblengkan jentera gabungan tersebut.

Iklan

Dakwanya, pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan petugas pilihan raya gabungan itu di luar Johor ketika melaksanakan kempen.

Pada PRK DUN Mahkota lalu, calon PN, Haizan Jaafar memperoleh 7,347 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang menerima 27,995 undi.

Majoriti BN iaitu sebanyak 20,648 undi adalah empat kali ganda majoriti yang diraih gabungan itu dalam PRN pada 2022.