Tiada istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Hassanal - Istana Pahang

Iklan
Istana Pahang menafikan khabar angin berkenaan istiadat Perkahwinan Diraja yang membabitkan Tengku Mahkota Pahang dengan seorang wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.

KUANTAN - Istana Pahang menafikan khabar angin berkenaan istiadat Perkahwinan Diraja yang membabitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dakwaan itu mula tersebar selepas satu hantaran dimuat naik di Instagram oleh pengguna yang menggunakan nama akaun"Farida.1111111" pada 24 September.

Tangkap layar kenyataan daripada Istana Pahang berhubung khabar angin tersebar mengenai istiadat perkahwinan Diraja membabitkan Tengku Hassanal.

Iklan
Iklan

Hantaran itu memaparkan kononnya maklumat tentang 'Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud'.

Istana Pahang yang mengesan hantaran tersebut menegaskan bahawa ia adalah fitnah dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak disiarkan melalui portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

Iklan

"Maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang," menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Kesultanan Pahang,pada Khamis.

Pihak Istana juga memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini, yang berpotensi mengganggu keharmonian, khususnya berkaitan institusi diraja Pahang.

Iklan