12 pusat kuarantin GISBH lokasi mengindoktrinasi, penderaan mental ahli bermasalah

Iklan
Tan Sri Razarudin Husain

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 12 pusat kuarantin dipercayai menjadi tempat mengindoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang bermasalah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada 12 itu, dua lagi pusat kuarantin GISBH berada di luar negara iaitu di Indonesia dan Turki.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas 10 pusat kuarantin tersebut mendapati bahawa tiga pusat kuarantin berjaya diserbu pada 21 September lalu manakala tujuh lagi pusat kuarantin didapati tidak beroperasi.

"Tiga pusat kuarantin yang berjaya diserbu ialah di Air Bintan, Kota Tinggi, Johor; Labu Lanjut, Sepang, Selangor dan Batu Hampar, Perak," katanya pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun kata beliau, siasatan polis sehingga kini masih belum menunjukkan elemen-elemen lokasi tersebut dijadikan pusat kuarantin.

Dalam pada itu, menurut beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global yang juga merupakan suspek akan disiasat dalam kes pengabaian.

Iklan

Jelas beliau, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi yang diberikan kuasa oleh pihak mahkamah melalui perintah jagaan sementara untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan mereka.

"Apabila wujud aduan berlaku pengabaian, penderaan atau penganiayaan oleh ibu bapa atau penjaga sehingga suatu siasatan menyeluruh dijalankan, keputusan siasatan dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya.